Monday, August 25, 2014

Pindah rumah #1

Bismillahirrahmanirrahim


Happy holidays! *yang dah nak habis*

Hehu, so sebelum cuti kami telah berpindah rumah meninggalkan hostel tercinta puih

Kemas-kemas je seminggu

Punyalah banyak barang sampai tak terkata lol, dekat setahun baru sedar selama ni main bawak je tahu. Bila kemas dialog-dialog ni je akan muncul: eh benda ni memang ada ea? =_=

*ni baru barang den sorang*
Berat gila kot! Terima kasih kepada para pemuda anak bangsa batch bpharm yang sanggup tolong angkat dari rumah, naik lori, siap turun dari lori and angkat naik atas rumah baru yang dua tingkat :')

Okay barang 9 orang anak gadis yang hensem di dalam sebuah lori besar gila asdfghjkl



Kalau nak harap angkat sendiri haha memang bertahun la nak habis. *hiperbola*

Hahah..sedih jugak nak pindah..teringat rumah nilah tempat suka duka dulu kala..tempat main-main kat taman mainan, tempat berkumpul dan melepak, lepas ni semua duduk jauh-jauh huhuhu..

Rumah sudah kosong, isinya hilang hehe






Area rumah ni jugak ada pak long yang baik hati, semua makanan dia jual kat rumah dia blok H tu *tak ingat lak nombor rumah H-0-14 kott =_=* murah dan sedap, so juniors, please be informed okay, ada pakcik yang jual makanan murah dan sedap dan baik hati tinggal situ hehe.




Btw, sesiapa yang dapat rumah G-1-5 sangat beruntung sebab ada mesin basuh! Yang ada problem sikitla tapi boleh guna, tak larat kami nak bawak balik hehek. Kalau tak reti guna, sila pm saya sebab, haha mesin tu memang problem pun wehehe :3



Kalau ikut semester lepas, G-1-5 ni rumah pertama yang bukak, so ambikla id number sama macam I, nombor 1 hahahaha *laugh emoji*

Okay pasal rumah baru lain kali cerita :3

So sekarang cutiiiiiiii *jeritan terkawal*

Pejam celik pejam celik, dah hampir seminggu duduk rumah, apa je yang dah buat? Ha ha ha =_='

Jadi selepas berhempas-pulas dan berteka-teki, i decided to be one of the facilitators heww

Actually memang dari awal dah bagi nama, tapi setelah berlaku beberapa krisis dan konflik jiwa yang mendalam sobss, berdolak dalih, last last jadi jugak fasi.

Kuikui, well juniors, kita akan berjumpa. Can't believe this.
Sanggup berkorban demi bpharm and hanya cuti tak sampai dua minggu!

Oh, I love my batch! Haha

So, selamat tinggal cuti :')
Selamat berjumpa para juniors :3

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

P/s: kami dah pindah rumah baru hee, ada tinggalkan mini notes ni untuk juniors kat study carrel tu, lol sangat, kalau cleaner tak clear kan la haha


*psycho tak hahah*

Saturday, August 9, 2014

UniKl Royal College of Medicine Perak kini di Kampus Tasek cewahh

Bismillahirrahmanirrahim


cewahh! macam iklan pulek..hihi

yup betul tu, RCMP sekarang ada cawangan kedua di Kampus Tasik atau ejaannya Tasek, so Kampus Mayban Trust kat post yang berlapuk sebelum ni tu dah tak guna dah hihi

imagine, dalam masa first year ambik Bachelor of Pharmacy nih, dah 3 kampus kot kami masukk :')

main kampus, kampus Mayban Trust, pastu sekarang kampus Tasek :)

sebenarnya, kampus Tasek ni actually bekas kepada kampus Masterskill yang dah lama tutup. Jadi, UniKL decide nak beli.

tadaaa..! kampus segeraaa :P sebab semua facilities dah ada kat sini memang lengkap la..cumanya, kami sendiri tak habis explore lagi lol..

Baru lagi ni..belum cukup dua bulan beroperasi..dan semua student Faculty of Pharmacy and Health Sciences dipindahkan ke sini, di bawah satu bumbung satu jiwa satu tekad satu semangat..*woi ingat ni plkn ke? zaman wirawati kau dah habis Suyi :')*

Jadi, course yang ada kat sini adalah Bachelor of Pharmacy (Bpharm)♡, Diploma Pharmacy (Dpharm), Diploma Physiotherapy,  Diploma Nursing dan Diploma Radiography. Bachelor Nursing tak sure kat sini atau kat mana lagi, hihi

Dipendekkan cerita yang merapu, jom, kita 'jalan-jalan' kat Kampus Tasek :D

setakat ni, masih sikit-sikit lagi kampus ni dibangunkan, kira slow-slowla..
nama Masterskill dah tutup and diubah dengan nama UniKL RCMP 

pintu masuk utama, guard kat sini strict sikit taw kikiki

bangunan admin (kot) sebab haha semua tak siap lagi hee






gambar ni and semua yang atas tu gambar dalam bangunan admin, masih kosong, mungkin ni bakal jadi bilik lecturer kot lah
See? kampus ni memang cantik, tapi ada beberapa benda kot belum settle, sikit-sikitla sebelum next intake. hee.




okay surau ni memang comel dan 'comel'..kecikk, kalau time tu ramai orang, memang berpadat la dalam tu haha :') still in progress, semua dialu-alukan untuk  menyumbangkan wakaf macam telekung, sejadah, alquran dan sebagainya untuk mengimarahkan lagi surau ni :)

bahagian kelas setakat ni, kami still study dekat bilik-bilik seminar (seminar room; SR) di blok B.. so lecture hall tak masuk lagi.. lab pun tak pernah masuk lagi..short semester takde subjek yang memerlukan lab, jadi guna kelas kecik pun dah cukup..kot..





buat masa ni, still takde cafe dan kedai kat sini, takde apa ye nak makan..saya ulangi, takde apa-apa..haha, actually baru seminggu je kan lepas cuti raya, and bulan puasa memang takde apa kedai la area kampus ni..jadi mungkin dia akan bukak soon, bila ada intake baru..

asrama dengarnya ada dalam area kampus, tapi tak sure akan guna atau tak..sebabnya, asrama student buat masa short semester ni still di Permai Lake View Tambun ( Bachelor of Pharmacy and Diploma Lelaki) dan di Seri Murni (Diploma Perempuan).Agak sedih Seri Murni :') lebih sedih dari Permai.. hew..


Ruang banyak kerusi boleh lepak-lepak lol


Belum pernah jejak bangunan tu :')


Basketball court ♥♥



area kampus Tasek ni memang besar lah jugak hee..ada basketball court..kampus ni jugak bersebelahan dengan international school..lepastu, keluar sikit sampai lah KTM baru, KTM Tasek, belum beroperasi lagi,but, InsyaAllah soon :)


International School dari belakang, haha tak sempat nak dari depan

haa, nak dikisahkan nya :3 kampus ni sebenar-benarnya terletak di area Kawasan Perindustrian Tasek :3 keliling semuaaaaaa kilang..memang pelik jugak la tiba-tiba tengah-tengah kilang tu kilang ni ada kampus..lol..haha saja cerita part ni last2 hee..surprise!
hahah lol, orang tahu dah  agaknya =_= 
kihkih, so udara nya, hmm taktahu la bersih ke tak, but so far okay je hee..terima seadanya kawan-kawan :')

Jadi sedar tak sedar, hujung minggu ni ada final test untuk mandarin dan next monday, technopreneurship pulak final exam :')

Dan dua esaimen yang pening kepala tersedia :') 

Kadang taktahu entah apa yang dah belajar hahaha
Ketuk kepala sendiri!

Semoga dipermudahkan untuk exam dan study ni. Amin.

Doakan ya! :)

# Credit to all Bpharmily for all these pics ♡

Friday, August 8, 2014

Kampus Mayban Trust UniKL RCMP (hutang :3)

Bismillahirrahmanirrahim


okay semua, anggap la yang akan dibaca ni hanya surat lama yang entah zaman bila baru jumpa hahahahah

sebabnya betul-betul dah lama habuk gila punya draft baru nak update, dah la dah pindah pun dari Mayban Trust duduk kampus Tasek.. lol sangat Su-Yi sangat-sangat =_=

so this is it, jom ke zaman purba..

"The time has come

It’s the end of semester 2 :)

Hoho berhabuknya sini..hehe..budak-budak pharmacy ni memang sibuk..future pharmacist kan :P *padahal tido yang lebih*

Hehe so harini start study week..nak final dah oi..minggu depan start final..

Semester Dua, nama pun sem 2, mestila lagi tough kan..Subjek-subjek still basic, tapi lebih mendalam..sekejap sangat masa berlalu..tapi, semester 2 lebih rileks dari segi jadual and timing.. mungkin sebab sem satu lari 2 minggu kan timing..

Yes, I’m here untuk hutang beberapa bulan lepas heek..hutang Mayban Trust..lol


Okay, kali ni nak cerita sepanjang sem 2, tempat study adalah Mayban Trust :) bukan Maybank Trust, boleh refer post sebelum-sbelum-sebelum ni lagi hee..

Mayban Trust, terletak di Pekan Lama, Ipoh adalah bangunan Maybank (kot).. sebab ada level-level tu milik Maybank sepenuhnya. Lagipun, kat bawah tu ada bangunan Maybank. 

UniKL RCMP sewa dari tingkat 9 (Nursing, library, office, computer lab), tingkat 12 (B.pharm and lab ubat), tingkat 15 (diploma physiotherapy) dan lain-lain tingkat kot sebab tak pernah jejak haha..

sesiapa yang pernah jejak level lain tu hihi bolehla roger kat sini..



Level 12, tingkat khas pelajar Bpharm dan pelajar Dpharm yang tak cukup kelas kat main campus.. diorang datang hari Isnin Selasa je.. Hari lain kelas kitorang seramai 53 orang tu jelah. Hehe..

*kelas kami :3*


ruang rehat pelajar dan inilah surau :')
pintu tepi-tepi tu pintu lab tauu
ruang rehat pelajar ada tv besar tapi tak pernah tengok :')



bilik scaryyyy PBL
suasana dalam bilik PBL hewww






















Nak kata takde masanya, sampai tak banyak sangat pun gambar..:P hihihi..kelas 8-5 petang, dah macam orang kerja..tapi ada la jugak gap..



Cuma yang sedihnya, Mayban Trust ni betul-betul dekat pekan yang takde shopping mall langsung :’) 

so sad..haha..

2-3 blok bangunan dari Mayban Trust ada masjid negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II, jalan depan sikit lagi boleh sampai KTM Ipoh..hehe *yeay Seremban (tetiber)*, lepastu depan lagi ada post office besar Ipoh, balai polis Ipoh, Mahkamah Ipoh, UTC apa lagi..
haha memang pusat bandar lah senang cerita..pusat bandar lama Ipoh..

Bila cerita kat Atuk hihi semua la Atuk tawu..maklumla orang lama hihi..

Pekan Lama ni kurang orang Melayu..semua kedai cina and India..bangunan pun klasik je..jadi pilihan makanan agak tak banyak..
Apa yang ada jela..pilihan yang ada: gerai depan masjid, kedai bakery Harold (depan sikit dari Mayban Trust) lepastu kedai paling common, gerai Pak Leman boleh Adjust haha..betul-betul sebelah Mayban Trust.. satu-satunya kedai melayu terdekat..harga boleh tahan la..sebab boleh adjust..
untuk beli barang-barang terdesak, macam alat tulis, ada kedai depan Mayban Trust, kedai kecil yang jual alat tulis and boleh photostat (10 sen 1 copy)..

Parking? Haha ni memang masalah jugak, tapi takdela masalah sangat pun sebenarnya hihi..boleh parking je depan Mayban Trust, tapi kena beli kupon parking la, sehari RM4..
ada pilihan lain, RM3.50 je kat belakang Mayban Trust..atau parking kat masjid, tak sure lak berapa ringgit, tapi jauh sikitla nak menapak sebab 2-3 blok kan hee.."

baik :') akhirnya habis jugak..
mengharukan sungguh cerita lama berhabuk di atas..
sekarang Bachelor Pharmacy UniKl RCMP dah pindah kampus baru iaitu kampus Tasek.

umm, best ke tidak? hehu
soon akan di update hihi


semoga Allah permudah segala urusan dunia akhirat kita semua..amin :)

Thursday, July 24, 2014

Balik Raya

Bismillahirrahmanirrahim


Haha, Alhamdulillah, sekarang cutiiii, cuti rayaaaaaa *jeritan batinku*
Dalam dua hari ni, sedih dan happy, semua ada..hehu

Happy, sebab my girlfriends sanggup berhempas pulas walau ada yang sakit demam selsema untuk celebrate my birthday walaupun awal 5 hari :') 
Haha nasib baikla diorang tak buat prank, memang tak larat la, sebab sendiri pun demam kottt
Dahla belanja makan, dapat hadiah lak tuuu :') terima kasih sayang2 ku *muah cikedd*
Semua pandai berlakon, kata nak pergi makan la apa la saja iftar luar la, sekali rupanya demi sambut my birthday yesterday :')
Terharu sangat iolls, uolls ♥

Weee, makan makan makan sweetchat, Aeon Station 18

Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to Su-yi, happy birthday to meeeeeee haha

Okay sedih, haha sedih yang paling lawak, sedih laa..harini balik raya, lepastu terlepas train :') train pukul 8, terlepas.. terpaksa lak tunggu train pukul 11, and akan sampai KL Sentral pukul 2..lama betulll! :')
Terima kasih dan tahniah kerana tertinggal train :')

Sedih, mood beraya, tapi Alhamdulillah ada tiket hihu..first time kot balik raya sebagai perantau haha :')

Hihi, so actually, sekarang dalam train, on the way ke KL Sentral. Walaupun orang depan ni scary asalkan sampai selamat balik rumah tu dah cukup baik :')

Selamat hari raya semuaaa
Salam perantau hahaha :)

Semoga bertemu ramadhan lagi :')

Tuesday, June 24, 2014

taknak belajar dah! :(

Bismillahirrahmanirrahim


Hai hati :)

Hati-hati ea hati, haha

Oh short sem, I dont like you. 

Hmm rasa lesu jee, sebab malas botingkek-tingkek! 
Rasa nak lepak kat rumah, tambah pulak result semester dua yang lalu agak tidak begitu memuaskan, tapi bersyukur, masih lagi dapat result yang tak dijangka hehu, walaupun takla macam sem lepas

Terima kasih Allah :)

Tapi, ada saatnya, hati rasa macam lesu nya, rasa macam:

Arghhh aku taknak semua ni! 

Hmm, kenapa? Damn it I dont know.

What is this, bosan lah belajar, dah la susah!

Su-yi, kat profile awak comel je tulis bakal pharmacist, kan? Eh, hmm apa kene ni?

Kadang rasa macam no I dont belong here, rasa lesu taknak semua!
Haha, *gelakkan diri sendiri*

Abih kau ingat kau belong kat mana?

Su-yi,  bukankah bila kau dah bertekad nak benda tu, kau takkan lepaskan? Ke sebenarnya kau taknak nih? 

Umm..hmm..hmm..hmmm..hmmm *banyaknya hmmm*

This is the path that you should strive hard in it. 

Tapi course ni susah..

alah, belajar mana-mana pun mana ada yang senang, semua kena ada usaha. 

Kita ni ada bukan saja-saja je Allah cipta. 
Ada sebab, dan tiap apa kita buat, nawaitu mesti kerana Allah.

Nawaitu awak okay? 

#deep #sentap #makandalam #pedihweh #gilaperit #apekesbanyakhashtag #ikutsukaedenla #cheh

Niat biar betul, niat biar betul, niat biar betul..hurm

Umm, niat..
Ya Allah, ampunkan hambaMu, yang ada kalanya lupa. 

Pelihara hati ini, dari segala duka kecewa, lindungi hati ini, dari segala bisikan hasutan syaitan yang sengaja mengapi-apikan rasa lesu sebegini. 

Belajar, tu amanah. 
Kalau bukan dengan manusia, tapi dengan Dia. 
Menuntut ilmu amanah. 

Jaga diri jaga hati jaga iman. 

Nah hadiah *tetiber*

*Maafkan saya, saya akan belajar bersungguh-sungguh!*
 


Di Mata Dia

Bismillahirrahmanirrahim


Eh kenapa?
Hati rasa pedih sangat
Rasa macam down gila

Oh, aku tahu perasaan ni
Perasaan bila rasa tak setaraf
Eh? Perasaan apa

Pengaruh syaitan mungkin
Terbawa-bawa rasa yang tak perlu
Mungkin kan?

Eh, hmm
Ingatlah sayang,
Mungkin kau tak cantik
Di mata manusia
Tapi pastikan kau cantik
Di mata Pencipta.

Allah, lindungi hati ini, dari segala duka kecewa, tenangkan hati ini, dengan izinMu..
Amin

P/s: thousands of eyes of different people out there, yang boleh kata apa pun about you, yet, He created you beautiful, believe me, dear self. InsyaAllah. 


Wednesday, June 18, 2014

Short Semester UniKL RCMP Bpharm heww =_=

Bismillahirrahmanirrahim


eh hai *tangan angkat peace sign*

okay bye hahah *eh tak la hee*

well, berhabuk berdebu ber macam-macam lagi kat sini
lama tak hapdatee, sebab masalah internet, lappy dan sebagainya yang tak dapat dibendung lol

okay, dont worry I'm still alive hahah :3
well, okay ingat-ingat, hari tu dah janji nak tunjuk cemana kampus Mayban Trust tu kan, but so many things came up and heww, tak dapat nak publish, sekadar draft, tak tipu, memey ada draft dia situ huhu..problemnya, gambar dalam hard disk, tertinggal lak T_T

oh, btw, sekarang cuti semester sem 2..dah habis dah pun satu tahun..
ehhh maknanya dah final exam la? 
yup, dah final, isnin ni start short sem, and esok keluar la result exam semester dua, cuak gila, phewww

Short sem? apakah?

oh, huhuhu UniKL ni tak semua ada short sem..tp sayangnya, RCMP ada hahah..*sigh*
haritu terbaca kat twitter, short sem ni untuk those yang nak repeat paper, no no no, bukan semua short sem ea hee..:) 
sebabnya kalau RCMP taktawu la pasaipa, tapi rasanya short sem ni diadakan kerana credit hours yang terlalu banyak dan tak cukup kalau tak buat short sem..=_=..K

good news: 
  • subjek hanya subjek-subjek elektif, macam mandarin, entrepreneurship etc
  • hanya 3 hari je kelas seminggu, iaitu isnin sampai rabu
  • only on first year and third year of bpharm 

sobs bad news:
  • dua bulan kau! T_T
  • ada mid sem exam final exam and quizzes perhaps
  • cuti raya sekejap so takbulih buat biskut (bisjut lol)

okay, haha, takpela..
Allah takkan membebankan hamba-hamba Nya dengan sesuatu yg tak termampu oleh hamba-hambaNya tu kan..
the chosen one are those who can do it!
I am the chosen one hehe..

kenapa lah takde kelas jepun? semangat sikit I nak pergi short sem nih hehu..
takpela, mandarin pun okay..haha
so lets go together uolls
cuak sama-sama untuk esok! hahah ><

Ya Allah jadikan kami hamba-hambaMu yang redha dengan apa jua ketetapanMu..
Amin..

Tuesday, February 25, 2014

Please, jadi sekuat dulu :')

Bismillahirrahmanirrahim


Dah beberapa hari buat perangai macam ni?

Haih awak ni tak penat ke..*tanya kat diri sendiri*

Benda takde apa nak moody semacam, orang lain elok je

Dah kenapa?

Comel ke muka tu kalau asyik muncung je?

Hum..kadang tak faham diri sendiri..sikit-sikit nak serabut nak moody

Heloo..orang lain pun ada mood jugak okay, bukan awak sorang..
Kita belajar ni kena la seronok-seronok..bukan serabut..
Why on earth do you want to keep doing things alone?
Haih..kan selama ni awak okay je kalau orang buat awak?
You just keep smiling and let it go without hurting them back?
Sekarang dah makin teruk..dah la bahasa makin entah apa-apa, pastu muka pulak moody sentiasa
Ingat orang suka ke?

*macam gila je marah diri sendiri*

Lately, dah jadi makin taktawu lah..rasa perangai buruk..keep doing weird things alone..under pressure alone..ughh..lepastu tweet benda entah apa-apa..hmm

Allah

Allah

Allah

Hurm..hati yang tak tenang ni mungkin sebab lupa Allah ni..Ya Allah taknak! :(..taknak jauh dari Allah..

Sedihnya..malu dengan perangai yang teruk..rasa macam taktawu hum

Matang lah sikit awak? Ubah lah diri tu..mana pergi awak yang dulu? Yang baik  lembut je..
Kenapa sekarang awak dah macam orang lain..

I miss my old me.. kenapa hilang hmm..

Semoga Allah kuatkan hati..untuk kembali kepada asal..
perempuan yang sentiasa positif..dan kuat..

Bukan yang macam ni..

Allah :’(

Sunday, February 23, 2014

Hiking 2014, Bukit Kledang in Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim


22 Februari 2014

Baru perasan tarikh yang cantik kan tu, that was yesterday..
Semalam adalah hari hiking bachelor of pharmacy UniKL RCMP :)..satu batch mendaki Bukit Kledang, even ada beberapa orang yang tak dapat turut serta..cheh skema ayat macam nak buat karangan..

Berkumpul pukul 6.30 then gerak ke Bukit Kledang, kemudian terus memulakan pendakian pukul 8 pagi lebih kurang..agak lewat sebenarnya..lari timing..biasa lah kan..nak buat macam mana

Ketinggian bukit paling tinggi kat Perak tu is 800 meter lebih kurang 2640 kaki..ada dua jalan..jalan jungle trekking , and jalan tar lebih kurang 13 km naik sampai puncak..okay sumber dari google lah kan..boleh naik kereta ke puncak..atau kayuh basikal..naik kereta biasanya orang RTM ke TM ke sebab dekat puncak tu ada broadcasting tower RTM..and view of Ipoh la kan..hehe

Dalam pendakian ni kita guna jalan tar je la haha..tapi tu pun still kaki macam nak tercabut dah niha.. ada air terjun dalam perjalanan tu, tapi tak sempat singgah sebab nak cepat mendaki hehu..

tapi rasa bangga sikitlah dengan pencapaian budak tak aktif sukan ni sebab berjaya sampai puncak dalam masa 3 jam :) and jadi orang ke 16 tiba di puncak..hehehe..jangkaan normal 4 jam untuk sampai ke puncak..yes..I did it :3

kebanyakan orang kat sini orang cina la..ade jugak melayu..biasalah, cina lagi amalkan gaya hidup sihat..tua muda semua pakat hiking taw..kalau melayu umm..haha belum tentu..tapi still ada melayu..Cuma tak ramai..

Ramai yang naik basikal mendaki ke atas..yang tu betul-betul kuat..heheh..macam penat je..tapi yang bestnya naik basikal bila turun haha..laju gila syokk..and menakutkan..

sikit je gambar..sebab gambar lain semua ada orang haha..takboleh takboleh :P

dalam perjalanan

taklimat lagi separuh perjalanan

Almost there, tapi tu bukit jiran haha

trek jalan tar 

Okay lah tu kan dah sampai puncak dah..at least once in a life time..haha nampak sangat the first and last time tuu..:P bila turun bukit tu almost dua jam jugak la..penat-penat..
Sampai je bawah semua cari ais haha..best thing ever yesterday is: makan aiskrim Malaysia sampai tiga batang..wahaha..

gambar kat puncak ada orang-orang comel..tak dapat lah nak share..hihi

Kaki sakit..berat sekilo je turun..takpela hehe asalkan turun :)

Terima kasih Allah sebab bagi peluang untuk mendaki bukit and melihat keindahan alam ciptaan Mu :’)

Alhamdulillah