Monday, August 25, 2014

Pindah rumah #1

Bismillahirrahmanirrahim


Happy holidays! *yang dah nak habis*

Hehu, so sebelum cuti kami telah berpindah rumah meninggalkan hostel tercinta puih

Kemas-kemas je seminggu

Punyalah banyak barang sampai tak terkata lol, dekat setahun baru sedar selama ni main bawak je tahu. Bila kemas dialog-dialog ni je akan muncul: eh benda ni memang ada ea? =_=

*ni baru barang den sorang*
Berat gila kot! Terima kasih kepada para pemuda anak bangsa batch bpharm yang sanggup tolong angkat dari rumah, naik lori, siap turun dari lori and angkat naik atas rumah baru yang dua tingkat :')

Okay barang 9 orang anak gadis yang hensem di dalam sebuah lori besar gila asdfghjkl



Kalau nak harap angkat sendiri haha memang bertahun la nak habis. *hiperbola*

Hahah..sedih jugak nak pindah..teringat rumah nilah tempat suka duka dulu kala..tempat main-main kat taman mainan, tempat berkumpul dan melepak, lepas ni semua duduk jauh-jauh huhuhu..

Rumah sudah kosong, isinya hilang hehe






Area rumah ni jugak ada pak long yang baik hati, semua makanan dia jual kat rumah dia blok H tu *tak ingat lak nombor rumah H-0-14 kott =_=* murah dan sedap, so juniors, please be informed okay, ada pakcik yang jual makanan murah dan sedap dan baik hati tinggal situ hehe.




Btw, sesiapa yang dapat rumah G-1-5 sangat beruntung sebab ada mesin basuh! Yang ada problem sikitla tapi boleh guna, tak larat kami nak bawak balik hehek. Kalau tak reti guna, sila pm saya sebab, haha mesin tu memang problem pun wehehe :3



Kalau ikut semester lepas, G-1-5 ni rumah pertama yang bukak, so ambikla id number sama macam I, nombor 1 hahahaha *laugh emoji*

Okay pasal rumah baru lain kali cerita :3

So sekarang cutiiiiiiii *jeritan terkawal*

Pejam celik pejam celik, dah hampir seminggu duduk rumah, apa je yang dah buat? Ha ha ha =_='

Jadi selepas berhempas-pulas dan berteka-teki, i decided to be one of the facilitators heww

Actually memang dari awal dah bagi nama, tapi setelah berlaku beberapa krisis dan konflik jiwa yang mendalam sobss, berdolak dalih, last last jadi jugak fasi.

Kuikui, well juniors, kita akan berjumpa. Can't believe this.
Sanggup berkorban demi bpharm and hanya cuti tak sampai dua minggu!

Oh, I love my batch! Haha

So, selamat tinggal cuti :')
Selamat berjumpa para juniors :3

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

P/s: kami dah pindah rumah baru hee, ada tinggalkan mini notes ni untuk juniors kat study carrel tu, lol sangat, kalau cleaner tak clear kan la haha


*psycho tak hahah*

Saturday, August 9, 2014

UniKl Royal College of Medicine Perak kini di Kampus Tasek cewahh

Bismillahirrahmanirrahim


cewahh! macam iklan pulek..hihi

yup betul tu, RCMP sekarang ada cawangan kedua di Kampus Tasik atau ejaannya Tasek, so Kampus Mayban Trust kat post yang berlapuk sebelum ni tu dah tak guna dah hihi

imagine, dalam masa first year ambik Bachelor of Pharmacy nih, dah 3 kampus kot kami masukk :')

main kampus, kampus Mayban Trust, pastu sekarang kampus Tasek :)

sebenarnya, kampus Tasek ni actually bekas kepada kampus Masterskill yang dah lama tutup. Jadi, UniKL decide nak beli.

tadaaa..! kampus segeraaa :P sebab semua facilities dah ada kat sini memang lengkap la..cumanya, kami sendiri tak habis explore lagi lol..

Baru lagi ni..belum cukup dua bulan beroperasi..dan semua student Faculty of Pharmacy and Health Sciences dipindahkan ke sini, di bawah satu bumbung satu jiwa satu tekad satu semangat..*woi ingat ni plkn ke? zaman wirawati kau dah habis Suyi :')*

Jadi, course yang ada kat sini adalah Bachelor of Pharmacy (Bpharm)♡, Diploma Pharmacy (Dpharm), Diploma Physiotherapy,  Diploma Nursing dan Diploma Radiography. Bachelor Nursing tak sure kat sini atau kat mana lagi, hihi

Dipendekkan cerita yang merapu, jom, kita 'jalan-jalan' kat Kampus Tasek :D

setakat ni, masih sikit-sikit lagi kampus ni dibangunkan, kira slow-slowla..
nama Masterskill dah tutup and diubah dengan nama UniKL RCMP 

pintu masuk utama, guard kat sini strict sikit taw kikiki

bangunan admin (kot) sebab haha semua tak siap lagi hee






gambar ni and semua yang atas tu gambar dalam bangunan admin, masih kosong, mungkin ni bakal jadi bilik lecturer kot lah
See? kampus ni memang cantik, tapi ada beberapa benda kot belum settle, sikit-sikitla sebelum next intake. hee.




okay surau ni memang comel dan 'comel'..kecikk, kalau time tu ramai orang, memang berpadat la dalam tu haha :') still in progress, semua dialu-alukan untuk  menyumbangkan wakaf macam telekung, sejadah, alquran dan sebagainya untuk mengimarahkan lagi surau ni :)

bahagian kelas setakat ni, kami still study dekat bilik-bilik seminar (seminar room; SR) di blok B.. so lecture hall tak masuk lagi.. lab pun tak pernah masuk lagi..short semester takde subjek yang memerlukan lab, jadi guna kelas kecik pun dah cukup..kot..





buat masa ni, still takde cafe dan kedai kat sini, takde apa ye nak makan..saya ulangi, takde apa-apa..haha, actually baru seminggu je kan lepas cuti raya, and bulan puasa memang takde apa kedai la area kampus ni..jadi mungkin dia akan bukak soon, bila ada intake baru..

asrama dengarnya ada dalam area kampus, tapi tak sure akan guna atau tak..sebabnya, asrama student buat masa short semester ni still di Permai Lake View Tambun ( Bachelor of Pharmacy and Diploma Lelaki) dan di Seri Murni (Diploma Perempuan).Agak sedih Seri Murni :') lebih sedih dari Permai.. hew..


Ruang banyak kerusi boleh lepak-lepak lol


Belum pernah jejak bangunan tu :')


Basketball court ♥♥



area kampus Tasek ni memang besar lah jugak hee..ada basketball court..kampus ni jugak bersebelahan dengan international school..lepastu, keluar sikit sampai lah KTM baru, KTM Tasek, belum beroperasi lagi,but, InsyaAllah soon :)


International School dari belakang, haha tak sempat nak dari depan

haa, nak dikisahkan nya :3 kampus ni sebenar-benarnya terletak di area Kawasan Perindustrian Tasek :3 keliling semuaaaaaa kilang..memang pelik jugak la tiba-tiba tengah-tengah kilang tu kilang ni ada kampus..lol..haha saja cerita part ni last2 hee..surprise!
hahah lol, orang tahu dah  agaknya =_= 
kihkih, so udara nya, hmm taktahu la bersih ke tak, but so far okay je hee..terima seadanya kawan-kawan :')

Jadi sedar tak sedar, hujung minggu ni ada final test untuk mandarin dan next monday, technopreneurship pulak final exam :')

Dan dua esaimen yang pening kepala tersedia :') 

Kadang taktahu entah apa yang dah belajar hahaha
Ketuk kepala sendiri!

Semoga dipermudahkan untuk exam dan study ni. Amin.

Doakan ya! :)

# Credit to all Bpharmily for all these pics ♡

Friday, August 8, 2014

Kampus Mayban Trust UniKL RCMP (hutang :3)

Bismillahirrahmanirrahim


okay semua, anggap la yang akan dibaca ni hanya surat lama yang entah zaman bila baru jumpa hahahahah

sebabnya betul-betul dah lama habuk gila punya draft baru nak update, dah la dah pindah pun dari Mayban Trust duduk kampus Tasek.. lol sangat Su-Yi sangat-sangat =_=

so this is it, jom ke zaman purba..

"The time has come

It’s the end of semester 2 :)

Hoho berhabuknya sini..hehe..budak-budak pharmacy ni memang sibuk..future pharmacist kan :P *padahal tido yang lebih*

Hehe so harini start study week..nak final dah oi..minggu depan start final..

Semester Dua, nama pun sem 2, mestila lagi tough kan..Subjek-subjek still basic, tapi lebih mendalam..sekejap sangat masa berlalu..tapi, semester 2 lebih rileks dari segi jadual and timing.. mungkin sebab sem satu lari 2 minggu kan timing..

Yes, I’m here untuk hutang beberapa bulan lepas heek..hutang Mayban Trust..lol


Okay, kali ni nak cerita sepanjang sem 2, tempat study adalah Mayban Trust :) bukan Maybank Trust, boleh refer post sebelum-sbelum-sebelum ni lagi hee..

Mayban Trust, terletak di Pekan Lama, Ipoh adalah bangunan Maybank (kot).. sebab ada level-level tu milik Maybank sepenuhnya. Lagipun, kat bawah tu ada bangunan Maybank. 

UniKL RCMP sewa dari tingkat 9 (Nursing, library, office, computer lab), tingkat 12 (B.pharm and lab ubat), tingkat 15 (diploma physiotherapy) dan lain-lain tingkat kot sebab tak pernah jejak haha..

sesiapa yang pernah jejak level lain tu hihi bolehla roger kat sini..



Level 12, tingkat khas pelajar Bpharm dan pelajar Dpharm yang tak cukup kelas kat main campus.. diorang datang hari Isnin Selasa je.. Hari lain kelas kitorang seramai 53 orang tu jelah. Hehe..

*kelas kami :3*


ruang rehat pelajar dan inilah surau :')
pintu tepi-tepi tu pintu lab tauu
ruang rehat pelajar ada tv besar tapi tak pernah tengok :')



bilik scaryyyy PBL
suasana dalam bilik PBL hewww






















Nak kata takde masanya, sampai tak banyak sangat pun gambar..:P hihihi..kelas 8-5 petang, dah macam orang kerja..tapi ada la jugak gap..



Cuma yang sedihnya, Mayban Trust ni betul-betul dekat pekan yang takde shopping mall langsung :’) 

so sad..haha..

2-3 blok bangunan dari Mayban Trust ada masjid negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II, jalan depan sikit lagi boleh sampai KTM Ipoh..hehe *yeay Seremban (tetiber)*, lepastu depan lagi ada post office besar Ipoh, balai polis Ipoh, Mahkamah Ipoh, UTC apa lagi..
haha memang pusat bandar lah senang cerita..pusat bandar lama Ipoh..

Bila cerita kat Atuk hihi semua la Atuk tawu..maklumla orang lama hihi..

Pekan Lama ni kurang orang Melayu..semua kedai cina and India..bangunan pun klasik je..jadi pilihan makanan agak tak banyak..
Apa yang ada jela..pilihan yang ada: gerai depan masjid, kedai bakery Harold (depan sikit dari Mayban Trust) lepastu kedai paling common, gerai Pak Leman boleh Adjust haha..betul-betul sebelah Mayban Trust.. satu-satunya kedai melayu terdekat..harga boleh tahan la..sebab boleh adjust..
untuk beli barang-barang terdesak, macam alat tulis, ada kedai depan Mayban Trust, kedai kecil yang jual alat tulis and boleh photostat (10 sen 1 copy)..

Parking? Haha ni memang masalah jugak, tapi takdela masalah sangat pun sebenarnya hihi..boleh parking je depan Mayban Trust, tapi kena beli kupon parking la, sehari RM4..
ada pilihan lain, RM3.50 je kat belakang Mayban Trust..atau parking kat masjid, tak sure lak berapa ringgit, tapi jauh sikitla nak menapak sebab 2-3 blok kan hee.."

baik :') akhirnya habis jugak..
mengharukan sungguh cerita lama berhabuk di atas..
sekarang Bachelor Pharmacy UniKl RCMP dah pindah kampus baru iaitu kampus Tasek.

umm, best ke tidak? hehu
soon akan di update hihi


semoga Allah permudah segala urusan dunia akhirat kita semua..amin :)