Sunday, December 13, 2015

2 WEEKS LEFT TO SAVE SEMESTER FIVE!

Bismillahirrahmanirrahim



Mashaa Allah! Tinggal 2 minggu lagi je untuk selamatkan semester ni ahahahaa. K.

My eyes look like these right now :')

Alhamdulillah this semester yang the peak of Bpharm bak kata Dr V ni dah nak habis *nak menangis sis*. Hoho. By the way dia dah jadi mentor I sekarang. Baru jadi anak angkat. Lulz. Semua mentor kalau habis session mentor mentee dah tentu lah kan akan kata:

"If you have any problem, just call/text/email me"

Tapi dia ni lain dari yang lain.

"If you have any problem, just BE STRONG"

HAHAHAHA. Sangat unique.
Indeed, what he said was true. Betul-betul kena be strong in this super crazy tough semester. Hehe reason tak update blog. Boleh tak?

Subjek susah payah jerih perit getir apa lagi lah. Kerja banyak berganda bertambah. Lab pening rumit keliru. Presentation tak payah cerita. Haha maybe sis dah buat semester ni nampak macam makin susah, kot?

HAHA JUST BE STRONG, K?

Truth is, memang SUSAH LA WEHHH. Yet, kena struggle jugakla, so far masih Alhamdulillah bernyawa dan comel. Eh. Maksudnya masih mampu ahaha. Dan wajib lah susah-susah pun, kena ingat, 

Tidak akan Allah letak, seorang hambaNya dalam sesuatu yang tidak mungkin dia terdaya, tapi segala ujian yang Allah bagi tu dah tentu jelas kita mampu!

Hee. Bila teringat semua ni, mesti akan semangat semula. Okay back to the story. Yup tinggal dua minggu, sebab the next two weeks will be our final exam wuuuu. Rabbi yassir wala tuássir, Moga Allah permudahkan. 

Semester yang mencabar ni bermula dengan subjek yang banyak dan berat. Banyak nyee yang 3 jam kredit. Ditambah dengan pelbagai lecturer baru untuk semester ini yang amat 'kejam' dan menakutkan. Serta research as fyp walau belum final year. Tapi semester ni research proposal dulu. Next sem baru project bermula. Presentation pun banyak.

Meh nak share apa subjek yang rumit sangat tu. 

Firstly, rule untuk ambil pharmacy courses dah tentu la WAJIB minat CHEMISTRY! Haha malangnya, Su-yi tak minat. Dan semester ini amat dahsyat sekali. Failed mid sem paper untuk this subject, separuh kelas failed. Dua subjek yang melibatkan chemical structures, paling berat ialah yang kena ingat pathways. Subjek ni memang kena hafal gila. Natural Product Chemistry and also Medicinal chemistry. Tapi siapa je dapat hafal? Untuk masa yang pendek. I'm saying these sebab memang banyak gila kottt nak kena hafal. Lainla if kau memang genius. Boleh abaikan perenggan ini.

Next subjek ialah gabungan dua subjek yang mantap meletup. Community pharmacy practice dan counselling and dispensing. Gila betul. Yang gila tu bukan subjek ni. Yang gila tu diri ni nak study haha. Okey tu cuma hyperbola. Subjek ni lah yang kena pergi attachment tu. 2 minggu attachment di community pharmacy. Best lah sebab dapat belajar macam-macam. 2 minggu jadi budak ubat practical. Haha. Dapat pulak pharmacy yang hari-hari belanja makan free.

Lecturer dua subjek ni serious talk scary. Mr S sangat suka point orang. Okey tak cukup scary. But if dia tetibe masuk kelas then, 

"okay, you (sambil jari ke arah sesiapa yang bertuah, kayyyy I memang selalu kena), if this person have HIV how will you tell him as a pharmacist in the right manner?"

Tetiba weh tetiba sangat! Sapa tak takut aku taktaulaa. Dia memang menakutkan. Sesiapa yang bertuah tu memang ada yang sampai menangis sebab memang menakutkan. Lagi sorang tak kurang juga. Dia sangat out of the box. Hahaha. Bayangkan, dalam kelas,

"Okay harini I challenge you. Try to get a customer, jual vitamin C ni, harga modal RM 1, harga jualan up jelah berapa. Semua duit nanti masuk tabung kelas. Dalam masa 30 minit. Now."

"Okay, try untuk cari seorang pelanggan pharmacy, dan minta dia tunggu anda 3 kali. Kali pertama jumpa ambil maklumat, sah kan kepada saya dan jumpa lagi kali kedua orang yang sama untuk maklumat seterusnya hingga genap 3 kali. Dari 4.20 hingga 5.00 pm ni"

Gila betul lah, siapa nak tunggu sampai 3 kali? Percaya atau tidak, semua ni dah pernah dibuat oleh diri ini pada saat menaip-naip ni, dan pengalaman ni takkan jumpa dengan mana-mana lecturer kecuali Encik Z yang selalu bawak bahan dari pharmacy dia and hands on kepada kami. Cuma, dia amat mencabar sebab selalu suruh buat benda tak ajar lagi, hoho 

"okay how to prepare IV mixture, quiz 5 minutes, calculate now"

Dahsyat. 

Untuk subjek lain, macam pharmacotherapy dan pharmaceutical technology masih okay. Bezanya, semester ini ada subjek research, jadi kene la buat research dan ada supervisor. Alhamdulillah supervisor sangat membantu dan selalu positif terhadap kami. Tapi haha masa presentation of proposal memang sentiasa bertuah kot, 'terpilih' untuk masuk group paling killer untuk giliran presentation sebab group tu semua evaluator yang banyak tanya. Hm.

Mdm Eagle-eyed, Mdm suka please go back to slide no bla-bla, Dr V yang suka but again I want to ask, dan Dr Easy Only yang tak tanya soalan yang easy. 

Hoho kenapa bertuah sangat pun tak faham jugak. Tapi Alhamdulillah. Semua berjalan lancar walau segala sakit perut menerjah dikala saat nak present tu. Settle research proposal. Memang kena menggila sikit, sebab research bachelor kan. Sem lepas research but by group, tapi sem ni research sorang-sorang. Sobs. Alhamdulillah dah habis settle proposal.

Cabaran banyak semester ni. Syukurlah ramai yang saling beri semangat di sisi, dan selalu buat banyak benda gila bersama. Macam tak percaya jugak tinggal 2 minggu. Haha lepastu final lepastu cuti hoyeahhh. Walau cuma cuti tak sampai sebulan, itupun dah cukup hargai :')

Dear final exam, InshaaAllah kita akan berperang, moga Allah permudahkan. Dear su-yi,

Yes go su-yi yes you can! InshaaAllah!

Antara paling tak percaya ialah dah nak masuk semester 6. Kejap betul masa berlalu. Huhu. Rasa tua pun ade juge. Almost 22 years old. Almost.


All the best final exam semester 5 semua!
semoga Allah permudahkan, InshaaAllah.