Saturday, August 6, 2016

Saki baki cuti, HELO AUGUST!

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog omey ni ihikihiksss 

*pangggg tampor diri sendirii zzz*

*taksanggup tampor kuad kuadd hahak*

okeh, jadi yang kelako nya next sem cancel pulak attachment hospital sungai petani, but tukar ke hospital kulim. Wehuuu. 

Mencari rumah sewa sekitar kulim untuk pelajar praktikal. 
eh tetibe iklan lak hekhek

Dan harini my beloved professor aka dekan fakulti farmasi dan sains kesihatan meninggal dunia, Innalillah.

Beliau seorang yang sangat baik, positif, ramah dan selalu beri semangat kat kami. Arwah yang ceria dan selalu bersemangat plus always told us to be healthy is a real fighter. Arwah disahkan ada brain tumor, dan sejak haritu semuanya mula hilang. Gelak tawa arwah ucapan semangat dan macam macam lagi mula dirindui dan berkurangan. 

Allah lebih sayangkan beliau, 9.38pm beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga tercinta. Hasrat untuk tengok kami 1st batch grad tak kesampaian. Sedih sangat. Amat terasa pemergian arwah sebab dia mentor den. 

Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.AlFatihah.
.
.
.
.

jadi saki baki cuti ni den dah menghabiskan semua duit yang berbaki dalam akaun dengan licin untuk bershopping, eleh kira okelah tu bukan cuti kosong ye dak? selain menggemukkan diri, mengeringkan poket apa lagi?

hm, nampak macam tak berapa bermanfaat je cuti ni LOL

by the way, untuk menjadikan cuti ini bermanfaat selain daripada menunggu 4 lagi parcel yang tak kunjung tiba lol, den juga telah cuba berdiet tapi gagal 

*tu kisah bulan lepas la sebenarnye zz*

hahah jadi harini kite start balik diet!!!!!! Penuh Semangat!!!
sebenarnya sabtu depan akan jumpa budak kelas kat forum mypsa jadi kegemukan ini sudah tidak terkawal lagi so lets reduce some weight.

so im trying my best to update the progress here hahaha. From day 1 to day 8! berapa kg akan hilang?

basically, today is the #DAY1
  • start dengan niat yang membara
  • lepastu jogging/ walking 600 steps, which is tak sampai pon 5km bebbbbb *takpelah day 1 kannnn*
  • lepastu harini kite brunch nasi lemak plus karipap sahaja dan dinner isi ayam panggang plus donut cekelat *masih tinggi kalori but okaylah tu day 1 kan*
  • lepastu kite minum air 2 litre kot lol tak tau sebab tak measure tapi lebih la dari 10 gelas 
what do i feel today?
  • rasa macam segar hahah maklumlah dah lama tak jalan asyik baring je, orang kata mandom *budak budak nilah punya bahasa entah bahasa apa aku dengar je*
  • lepastu rasa kulit macam lembab dan segar haha hope kulit cantik sekali juga amin
  • dan amazing nya tak lapar sangat pon sebab air kot

okay thats all day one sebab start pun pukul 4 petang LOL

next update esok esok esok boleh scroll hehe, moga Allah jaga selalu lovelovelovee.
.
.
.
.
.
Well, plann diet telah kelaut hahahahahahahahha maafkan sis but on the second day minum 4 liter air tau congrats to me, byeee (updated on 17th August 16)


Thursday, July 21, 2016

Cuti Semester yang Panjang

Bismillahirrahmanirrahim

.
Alhamdulillah cuti lama gila. Itupun susah jugak kan nak update haha. Alhamdulillah sebab first time kan cuti almost 3 bulan. Actually dah nak jadi 4 bulan which is patutnya masuk 26hb sept 2016, yet tetibe tak jadiiiii so kena lah balik 28 august nihaaaa.

Why? why why why????

haha jawapan dia simple ajerrr. Sebab sem 7 ni attachment hospital selama 6 minggu.

Whattttt??? Rasa macam baru semalam daftar UniKL RCMP. Tetiba dah sem 7.

dan dan dannnn dah nak grad la weh huuu.
.
.
.
.
oke apehal kat atas tu macam tak matang?
Harini bukak blog macam biasa lah. dan tengok apesal senyap je blog den niha, mana perginya lagu puitis jiwang feberet band sejak dulu HUJAN tu? haaa, search punya search rupanya link tu dia dah tutup sobssss, so takpelah kita guna link yang baru.

Alhamdulillah la ye cuti kali ni sebulan puasa dan sebulan raya plus sebulan zulkaedah kot. Lama tak lama. haha. Ok biasala first time cuti lama. Kasi can la. Sebenarnya cuti ni bukan hanya kerja gemukkan diri je patutnya. But I tried cari kerja, hopeless.

Begini lah kerjanya gemukkan diri pastu tido


Rupanya susah la cari kerja, takpelah nanti bila dah habis belajar kita boleh mintak kerja secara serius sementara tunggu convo. wuuu.

okay sebut pasal sem 7 bpharm, akan dimulakan dengan bismillah dah berakhir dengan Alhamdulillah, ye tu semua tahu -__- okay, dimulakan dengan 4 minggu class, 6 minggu attachment and finally 4 minggu class final exam etc. okay pack ke tidak? taktauler dik oiii, tungguler kamu next hapdet.

Dan, kali ni memang pilih nak ke hospital lain. Huuuu. InshaaAllah kite akan ke Hospital Sungai Petani lah kot heee, macam biasa la sayang sayang sekalian, accomodations etc by yourself, thats what we should prepare as a student. Biasa la belajar. InshaaAllah moga dipermudah ea. Kali ni guna duit raya jelaaaa ahaa.

Oh and cuti ni gained about 7 kg. Gara-gara kuat makan plus baking. Ye den memang obses baking. Jadi ke tak tu cerita second. Alhamdulillah ler banyak yang berjaya sayang ku hahaa. Kuih raya tahun ni totally homemade orite? Canggih ke tak kau ghaser?? Hahahaha, Alhamdulillah ade rezeki boleh la buat dan sedekah kat atuk nenek makcik pakcik.

Nantilah habis segala semester kita hapdet resepi yang betul menjadi. heee.

Misi nak kurus sedang berlangsung. Misi hanya minum air skyjuice gtuhaaaa sampai habis cuti hahaha. Mampu ke ni? Haha. Doakan sis yer. Love terbang terbang.


okaylah, untuk future juniors, Selamat Mendaftar ye sayangs, nanti jumpa sanaaa, kalau ler hakak ni adee. haahaha. Hakak le sangat. Next sem new intake, last final intake yang akan nampak before grad.

Almost ending my school of pharmacy.
Nanti I'll update the issue untuk graduan pharmacy. Merisaukan, but I believe Allah will never let us alone, apa jua yang jadi Allah akan bantu, InshaaAllah. 



Alhamdulillah, moga semua dipermudahkan segala urusan dunia akhirat ;)



Sunday, April 24, 2016

Semester 6 BPHARM, one of the best semester ever.

Bismillahirrahmanirrahim


Rasa macam hampir berzaman tak update gituha.

Okay so post ni akan mengisahkan perjalanan semester 6, maklumlah, tinggal 2 minggu before start final exam sem 6. Hmmmmm macam tak belajar banyak je ahahahahahhaa.

WEHH DAH NAK MASUK FOURTH YEAR!!!

Kayy. Jadi macam di post sebelum dah ceritakan apa yang akan dilalui dalam sem ni, so sekarang apa yang dah dilalui pulakla hehek

Semester ni sangat pack. Alah, semester sebelum ni semua memang pack la lol. Tapi beza dia: semester 6 ada dua attachment, dan ada research project.

TAK KE MAHU PENING HAKAK NI.

Bawa bertenang. Sekarang masih bernyawa Alhamdulillah, and all is done smoothly.
Antara yang dipegang sepanjang mengalami segala pengalaman ni:

Bila kita ikhlas, dan yakin atas aturan dan susunan perjalanan dari Allah, inshaaAllah, Allah akan gantikan segala pengorbanan kita dengan sesuatu yang berganda baik.

Yep, dan since Dr V my beloved mentor pernah bagitau: JUST BE STRONG. Alhamdulillah, berjaya lah jugak untuk kekal kuat hehee

Bermula dengan attachment hospital.

Jadi diri ini telah gigih memilih untuk berattachment di Hospital Taiping. Sebab Hospital Seremban takde dalam list tsk tsk..

okay dia macamni, pihak kolej akan bagi kita list, dan hospital tu kita pilihla yang mana kita nak hehee yang ada dalam list. Accomodations? Sendirian Berhad. Jeng jeng jeng. Jadi sebelum pilih fikirlah bebaik memolek dulu. Setelah ambil kira segalanya niha, Hospital Taiping pun dipilih.

Menyewa homestay Alhamdulillah rezeki, ada homestay abang kepada classmate, jadi untuk 2 minggu hanya bayar rm 20, serta hanya perlu bayar minyak kereta member. Jadi accommodations settle. Buat pengetahuan, kita takde dapat any duit poket untuk ni, dan biasa sangat da attachment etc mesti tengah bulan hahak. Padan muka. Sila sediakan payung sebelum hujan. Jangan kata hakak tak payung ekk hahah

Sepanjang di Taiping, banyak sangat dapat belajar tapi kena fahamla, bila attachment kat hospital, diorang ni always busy. Dan kadang nampak memang takde life. Walau macam mana pun, respect diorang sangat lah. Busy mana pun diorang still boleh provide us more information than what we need. Us? Well us sebabnya ada 5 orang yang buat attachment di taiping ni. Maximum untuk satu placement by UniKL ialah 5 orang je ye adik adik.

Apa yang belajar tu banyak, bab akademik semua boleh dapat sendiri nanti haha malas nak kongsi sini, maybe boleh ask me personally cewah. Tapi yang memang tak dapat dalam kelas tu yang kita nak kongsi. Tips dari para pharmacist la:

Jangan risau la kalua tak hafal atau tak ingat, biasa lah kita belum biasa lagi, kita budak baru banyak la kita tak tahu, tapi kena ada rasa nak belajar nak tahu nak cari. Experience je yang akan mengajar kita, jadi jangan risau –Mdm A

Mula mula kita memang zero taktau apa apa. Tapi kena ambil semua ni sebagai challenges. If you don’t take this challenges, makna nya you tak try. Get out of your comfort zone and grab these challenges. Memang kita takut, tapi kita takkan selamanya takut.- MissLJ

Sebahagian tips dari mereka, wow haha berpeluh hakak nihaa. Especially part get out of your comfort zone. Pergh. Antara yang paling terkesan ialah bila kat OPD, Outpatient Pharmacy Department, yang mana baru faham, memang nampak dan rasa lambat kan nak tunggu ambil ubat hospital lepas dah lama tunggu jumpa doctor, sebenarnya belakang kaunter ubat tu, di sebalik dinding tu sangat havoc dan sangat busy, bukan sengaja nak lambat2 bagi ubat. Mereka berkorban waktu rehat segala semata-mata nak bagi ubat anda okayh.

Meninggalkan hospital Taiping dengan semangat baru. Semangat nak tahu dan nak grab the challenges ahead. Cewahhhh. Sekian mini story tentang attachment hospital.

Balik kampus untuk menyudahkan research kita. Oh research ni tak pernah cerita kan? Well research proposal dah settle last sem, jadi this sem kena implement pulak la. Bila dah buat mesti ada report, bila ada report ni mesti lah ada presentation. Macam biasa zzzz. Jadi pilihla research yang memudahkan diri sendiri :’) haha Alhamdulillah, mine is the antioxidant study of tomato peels, comparison of two tomatoes variances. Settle weh.

Gigih gila kupas berkilo kilo tomato dan tomato cherry. Ya Allah haha. Nak kulit punya pasal. Pada awalnya macam hm kenapa lah aku buat niha. Lepastu bila dah settle baru lah bahagia hehee. Jawapan yang mana lebih tinggi antioxidant activity? Jengjengjeng, soon will be revealed. Nanti lagi seminggu baru presentation, so sabaq na.

Bayangkan after a week masuk kelas, kami dah dihantar attachment industry pulak next week nya tu.

Ketegangan melanda.

Sebenarnya proses bagi nama nak industry kat mana dah settle awal awal lagi, tapi ada certain kilang yang tiba-tiba taknak terima student. Jengjengjeng. Jumaat 1 APRIL 2016 yang mana semua orang dikumpulkan sekelas, dan ada taklimat tegang. Bayangkanlah masa tulah kena pilih nak ke mana. Mana sempat nak fikir accomodations bagai 4 APRIL dah nak masuk first day attachment. Akhirnya dalam suasana yang semua pihak tak jangka ni, diri ini pun proceed jugak la ke Nilai. Sebelum ni memang kami apply dah Nilai, tapi lepas dengar khabar angin boleh buat kat Perak je, buat apa susah payah kan? Baik stay Perak. Semua berbelah bahagi dan lecturer nak jugak siapa orang negeri tu, sila buat di negeri masing masing. Obviously Negeri Sembilan is only me zzzz. Walau nilai tak dekat mana dengan Seremban tu ha :’)

Jadi teruskan jela pilih Nilai bersama 4 lagi yang lain. Dahla kilang ni tak pernah dengar dan taktau dekat ke tak macam mana semua, huhu. Masa tu macam terpaksa sangat untuk tiba2 buat keputusan ke Nilai.

Sebenarnya, yang kami apply dulu ialah sebuah kilang ubat yang tersohor jugak la kat Nilai, dan dah cari dah tempat nak menyewa sebab selama 3 minggu agak impossible nak ulang alik. Tapi kami dah batalkan nak sewa sebab kata buat area Ipoh je. Alih alih aduhai, kena ke Nilai balik dan kene apply rumah sewa tu, rumah sewa tu bukannya murah. RM100 per head okay? Dan dapat 1 bilik sahaja, bilik master bedroom. RM500 satu bilik. Kemain mahal. Perjalanan minyak makan lagi. Mana nak cari duit. Dengan kilang baru taktau mana lagi. Masa tu memang serabut tapi last bagi jelah nama.

Tajdid niat balik, ini yang Allah aturkan, jadi marilah ke Selatan.

Banyak sangat kisah yang lawak kat Nilai ni. Tak sangka sangat tau tak. Dan pengalaman kat Nilai ni terlalu berharga dan mungkin tak jumpa di tempat lain. Dari pengalaman kehidupan dan akademik. Memang lain.

Betul, janji Allah itu pasti, dan belum tentu apa yang kita rasa terbaik untuk kita tu adalah yang paling terbaik. Allah boleh bagi berganda lagi terbaik bila kita redha dengan segala ujian dari Dia dan ikhlas dalam apa pun yang kita buat.

Haa, selain dari tu, kitorang je yang dapat gaji hahak weeee. Kilang mana ni? RAHSIA laaa nanti ramai pulak nak ke situ untuk gaji. Kami jugak dapat buat formula tablet sendiri dan cuba macam macam kat kilang ni. Tablet buatan kami edible and palatable okayyyyy.

Klu dia kilang Melayu, sangat suka mengajar dan berkongsi. Sangat pemurah. Pekerja happening, pemurah dan tak lokek. Haha dapat teka tak?

Alhamdulillah sebab semua ni adalah aturan Allah yang paling indah. Sabar dan ikhlas, Allah akan bayar dengan lebih baik dan tak dijangka akal kita sendiri.

Gaji berapa? Hmm cukuplah nak cover segala perjalanan sewa makan kat Nilai :’)


See, syukur sangat sangat.


Sekian coretan pengalaman, nak tahu lebih, boleh pm personally la macam biasa hehee.
Terima kasih tak terhingga jugak untuk ma abah adik adik sayangs dan awak yang selalu ada susah dan senang hik. Acah acah ucapan convo. KBAI.


Moga Allah permudahkan urusan kita semua dunia akhirat InshaaAllah.


Bila kita ikhlas, dan yakin atas aturan dan susunan perjalanan dari Allah, inshaaAllah, Allah akan gantikan segala pengorbanan kita dengan sesuatu yang berganda baik.



Wednesday, March 23, 2016

Kau rindu aku ?

Bismillahirrahmanirrahim

Ada satu saat kau pasti rasa lemah, rasa tak kuat dan tak mampu,
Kau pasti membuak buak rasa negatif
Rasa nak beremosi.

Aku dalam keadaan itu.

Bukan kerana tekanan luar, tapi kerana keadaan sesuatu jasad yang ada seketul daging yang kian membusuk dalam kau, kerana hadirnya titik hitam, yang akhirnya menghancurkan kau sendiri.

Aku tak puitis. Aku ber realiti.

Kau jaja apa jua cerita. Kau lupa. Kau buka aib kau sendiri. Kau tak perasan. Apa yang kau buat bagai kau dah berbau bangkai, tapi kau nak tutup jugak dengan kain buruk, kain yang kau calit tohmahan dan keji. 

Aku tak tabur cerita kau. Itu bukan aku.

Hati aku sedang dihasut nafsu bernanah, yang ingin sampai mati membenci kau. Sedang dalam keadaan sekeliling aku, aku memang seorang positif. Seorang penghibur. Seorang yang tak gemar bercerita tentang orang.

Aku tak pernah kata pada kau.

Aku hanya manusia. Apa jua luaran aku, dalaman aku hanya yang dekat memahami, dan tiada seorang pun, yang dekat dengan aku, lari dari aku. Tapi aku nampak jelas, dah ramai yang tinggalkan kau.

Aku tak peduli tentang kau.

Aku cuma hairan, kenapa kau yang beria peduli tentang aku. Kau rindu aku ke? Kau nak buka cerita tentang aku, kau ber throwback ke? Aku sadis tengok kau. Dah ramai dah kata kau psycho. Tapi aku tak pernah kata apa tentang kau. Buruk mana kau, kau tetap orang yang aku tak minat nak ambil tahu.

Aku nak kau jangan menyibuk.

Kalau kau tak suka, kau diam je. Kau buat je hal kau. Tak seronok tau tengok kau sibuk kata itu ini pasal orang. Sebab kau macam sadis dan psycho. 

Aku tak pernah nak calit sikit pun memori busuk pasal kau.

Tapi harini, dari aku asyik fikir benda yang kau buat, baik aku luah sikit kat sini. Sukahati la garisan aku. Lagipun, aku berpegang pada kata-kata yang setiap orang yang datang sama ada untuk pengajaran, atau hikmah. Dan aku rasa kau adalah pengajaran.

Aku teringin nak tengok berapa ramai lagi yang akan tinggal kau.

Bukan sebab aku jahat, tapi sebab aku yakin, apa pun kau tabur dan jaja, benih nya akan tumbuh pada kau, hasil nya hanya buah busuk berulat sebab semua yang kau buat hanya menampakkan siapa kau.

Bukan siapa aku.

Hekhekhek.
Hanya calitan memori busuk.

Thursday, February 4, 2016

Cuti Semester Yang Paling Tenang XD

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah! haha Alhamdulillah untuk result semester lepas :) walau agak jatuh sedikit, tapi sangat bersyukur :")

sebab lulus! Alhamdulillah.

wahai adik2, bersedialah untuk hadapi semester 5 haha!
JUST BE STRONG k ?

By the way, cuti yang lalu ni adalah yang paling tenang haha mungkin sebab hanya makan dan menggemukkan diri. serta baking haha. nanti bolehla update resepi kot ?


Makan je tahu !
dan semester enam dah bermula :')

Biar kita brief sikit pasal semester 6 yang dah bermula isnin lalu 1 Februari 2016 :)

Semester 6 ni akan ada dua attachment tau! hoho. satu di hospital, satu lagi di industri. Okay cuak kan? Subject tak banyak pun. 5 jek. Ahahaha.

Best tak? No way. Makin meningkat semester makin mencabar la jawabnya dik oi. Kisah nya mencabar since subject pharmacotherapy sahaja ada dua. Pharmacotherapy IV dan pharmacotherapy V. Dua-dua pun pasa drug therapy which are related antibacterial dan neurology lah. Tambah surprise, lecturer scary Mr S akan ajar untuk sem ni wakakaaka. Tabahlah!

Selain tu kita ada jugak clinical pharmacy, yang ni lah mr Z full of surprise tu! Haha dia hari second dah bagi heart attack dah. Thank you so much sebab dia lantik semua orang dalam kelas secara tiba-tiba untuk jadi part time lecturer. Eyy korang, hakak tak mampu lahai nak tiba-tiba bagi speech 1 minit untuk satu tajuk yang tak pernah baca or prepare lulz. Gila lah. Tetiba semua kena one by one, mau tak rasa nak terkencing?

Selain tu dua subjek yang ada attachment, satu kat industri satu lagi kat hospital. Haha satu industrial. Haa yang ni baru intro je. So far masih okay hehe Alhamdulillah. Yang tak best nya kena buat seminar, bagi talk lagi haih X(

Harap dapat attachment tempat best and terbaik, Amin.

Research project masih berlangsung. Alhamdulillah supervisor memang terbaik. Seriously. Baik sangat and takde apa masalah pun. Nanti post akan datang kita cerita pasal research project pulak ye ;)

Doakan semester ini berjaya dengan bergaya ye. Hehe.

p/s: Happy Chinese New Year!

*den suko sobab den dapek cuti neha*

Moga Allah kuatkan hati ini.

InshaaAllah