Bismillahirrahmanirrahim
Kau pasti membuak buak rasa negatif
Rasa nak beremosi.
Aku dalam keadaan itu.
Bukan kerana tekanan luar, tapi kerana keadaan sesuatu jasad yang ada seketul daging yang kian membusuk dalam kau, kerana hadirnya titik hitam, yang akhirnya menghancurkan kau sendiri.
Aku tak puitis. Aku ber realiti.
Kau jaja apa jua cerita. Kau lupa. Kau buka aib kau sendiri. Kau tak perasan. Apa yang kau buat bagai kau dah berbau bangkai, tapi kau nak tutup jugak dengan kain buruk, kain yang kau calit tohmahan dan keji.
Aku tak tabur cerita kau. Itu bukan aku.
Hati aku sedang dihasut nafsu bernanah, yang ingin sampai mati membenci kau. Sedang dalam keadaan sekeliling aku, aku memang seorang positif. Seorang penghibur. Seorang yang tak gemar bercerita tentang orang.
Aku tak pernah kata pada kau.
Aku hanya manusia. Apa jua luaran aku, dalaman aku hanya yang dekat memahami, dan tiada seorang pun, yang dekat dengan aku, lari dari aku. Tapi aku nampak jelas, dah ramai yang tinggalkan kau.
Aku tak peduli tentang kau.
Aku cuma hairan, kenapa kau yang beria peduli tentang aku. Kau rindu aku ke? Kau nak buka cerita tentang aku, kau ber throwback ke? Aku sadis tengok kau. Dah ramai dah kata kau psycho. Tapi aku tak pernah kata apa tentang kau. Buruk mana kau, kau tetap orang yang aku tak minat nak ambil tahu.
Aku nak kau jangan menyibuk.
Kalau kau tak suka, kau diam je. Kau buat je hal kau. Tak seronok tau tengok kau sibuk kata itu ini pasal orang. Sebab kau macam sadis dan psycho.
Aku tak pernah nak calit sikit pun memori busuk pasal kau.
Tapi harini, dari aku asyik fikir benda yang kau buat, baik aku luah sikit kat sini. Sukahati la garisan aku. Lagipun, aku berpegang pada kata-kata yang setiap orang yang datang sama ada untuk pengajaran, atau hikmah. Dan aku rasa kau adalah pengajaran.
Aku teringin nak tengok berapa ramai lagi yang akan tinggal kau.
Bukan sebab aku jahat, tapi sebab aku yakin, apa pun kau tabur dan jaja, benih nya akan tumbuh pada kau, hasil nya hanya buah busuk berulat sebab semua yang kau buat hanya menampakkan siapa kau.
Bukan siapa aku.
Hekhekhek.
Hanya calitan memori busuk.