Sunday, April 24, 2016

Semester 6 BPHARM, one of the best semester ever.

Bismillahirrahmanirrahim


Rasa macam hampir berzaman tak update gituha.

Okay so post ni akan mengisahkan perjalanan semester 6, maklumlah, tinggal 2 minggu before start final exam sem 6. Hmmmmm macam tak belajar banyak je ahahahahahhaa.

WEHH DAH NAK MASUK FOURTH YEAR!!!

Kayy. Jadi macam di post sebelum dah ceritakan apa yang akan dilalui dalam sem ni, so sekarang apa yang dah dilalui pulakla hehek

Semester ni sangat pack. Alah, semester sebelum ni semua memang pack la lol. Tapi beza dia: semester 6 ada dua attachment, dan ada research project.

TAK KE MAHU PENING HAKAK NI.

Bawa bertenang. Sekarang masih bernyawa Alhamdulillah, and all is done smoothly.
Antara yang dipegang sepanjang mengalami segala pengalaman ni:

Bila kita ikhlas, dan yakin atas aturan dan susunan perjalanan dari Allah, inshaaAllah, Allah akan gantikan segala pengorbanan kita dengan sesuatu yang berganda baik.

Yep, dan since Dr V my beloved mentor pernah bagitau: JUST BE STRONG. Alhamdulillah, berjaya lah jugak untuk kekal kuat hehee

Bermula dengan attachment hospital.

Jadi diri ini telah gigih memilih untuk berattachment di Hospital Taiping. Sebab Hospital Seremban takde dalam list tsk tsk..

okay dia macamni, pihak kolej akan bagi kita list, dan hospital tu kita pilihla yang mana kita nak hehee yang ada dalam list. Accomodations? Sendirian Berhad. Jeng jeng jeng. Jadi sebelum pilih fikirlah bebaik memolek dulu. Setelah ambil kira segalanya niha, Hospital Taiping pun dipilih.

Menyewa homestay Alhamdulillah rezeki, ada homestay abang kepada classmate, jadi untuk 2 minggu hanya bayar rm 20, serta hanya perlu bayar minyak kereta member. Jadi accommodations settle. Buat pengetahuan, kita takde dapat any duit poket untuk ni, dan biasa sangat da attachment etc mesti tengah bulan hahak. Padan muka. Sila sediakan payung sebelum hujan. Jangan kata hakak tak payung ekk hahah

Sepanjang di Taiping, banyak sangat dapat belajar tapi kena fahamla, bila attachment kat hospital, diorang ni always busy. Dan kadang nampak memang takde life. Walau macam mana pun, respect diorang sangat lah. Busy mana pun diorang still boleh provide us more information than what we need. Us? Well us sebabnya ada 5 orang yang buat attachment di taiping ni. Maximum untuk satu placement by UniKL ialah 5 orang je ye adik adik.

Apa yang belajar tu banyak, bab akademik semua boleh dapat sendiri nanti haha malas nak kongsi sini, maybe boleh ask me personally cewah. Tapi yang memang tak dapat dalam kelas tu yang kita nak kongsi. Tips dari para pharmacist la:

Jangan risau la kalua tak hafal atau tak ingat, biasa lah kita belum biasa lagi, kita budak baru banyak la kita tak tahu, tapi kena ada rasa nak belajar nak tahu nak cari. Experience je yang akan mengajar kita, jadi jangan risau –Mdm A

Mula mula kita memang zero taktau apa apa. Tapi kena ambil semua ni sebagai challenges. If you don’t take this challenges, makna nya you tak try. Get out of your comfort zone and grab these challenges. Memang kita takut, tapi kita takkan selamanya takut.- MissLJ

Sebahagian tips dari mereka, wow haha berpeluh hakak nihaa. Especially part get out of your comfort zone. Pergh. Antara yang paling terkesan ialah bila kat OPD, Outpatient Pharmacy Department, yang mana baru faham, memang nampak dan rasa lambat kan nak tunggu ambil ubat hospital lepas dah lama tunggu jumpa doctor, sebenarnya belakang kaunter ubat tu, di sebalik dinding tu sangat havoc dan sangat busy, bukan sengaja nak lambat2 bagi ubat. Mereka berkorban waktu rehat segala semata-mata nak bagi ubat anda okayh.

Meninggalkan hospital Taiping dengan semangat baru. Semangat nak tahu dan nak grab the challenges ahead. Cewahhhh. Sekian mini story tentang attachment hospital.

Balik kampus untuk menyudahkan research kita. Oh research ni tak pernah cerita kan? Well research proposal dah settle last sem, jadi this sem kena implement pulak la. Bila dah buat mesti ada report, bila ada report ni mesti lah ada presentation. Macam biasa zzzz. Jadi pilihla research yang memudahkan diri sendiri :’) haha Alhamdulillah, mine is the antioxidant study of tomato peels, comparison of two tomatoes variances. Settle weh.

Gigih gila kupas berkilo kilo tomato dan tomato cherry. Ya Allah haha. Nak kulit punya pasal. Pada awalnya macam hm kenapa lah aku buat niha. Lepastu bila dah settle baru lah bahagia hehee. Jawapan yang mana lebih tinggi antioxidant activity? Jengjengjeng, soon will be revealed. Nanti lagi seminggu baru presentation, so sabaq na.

Bayangkan after a week masuk kelas, kami dah dihantar attachment industry pulak next week nya tu.

Ketegangan melanda.

Sebenarnya proses bagi nama nak industry kat mana dah settle awal awal lagi, tapi ada certain kilang yang tiba-tiba taknak terima student. Jengjengjeng. Jumaat 1 APRIL 2016 yang mana semua orang dikumpulkan sekelas, dan ada taklimat tegang. Bayangkanlah masa tulah kena pilih nak ke mana. Mana sempat nak fikir accomodations bagai 4 APRIL dah nak masuk first day attachment. Akhirnya dalam suasana yang semua pihak tak jangka ni, diri ini pun proceed jugak la ke Nilai. Sebelum ni memang kami apply dah Nilai, tapi lepas dengar khabar angin boleh buat kat Perak je, buat apa susah payah kan? Baik stay Perak. Semua berbelah bahagi dan lecturer nak jugak siapa orang negeri tu, sila buat di negeri masing masing. Obviously Negeri Sembilan is only me zzzz. Walau nilai tak dekat mana dengan Seremban tu ha :’)

Jadi teruskan jela pilih Nilai bersama 4 lagi yang lain. Dahla kilang ni tak pernah dengar dan taktau dekat ke tak macam mana semua, huhu. Masa tu macam terpaksa sangat untuk tiba2 buat keputusan ke Nilai.

Sebenarnya, yang kami apply dulu ialah sebuah kilang ubat yang tersohor jugak la kat Nilai, dan dah cari dah tempat nak menyewa sebab selama 3 minggu agak impossible nak ulang alik. Tapi kami dah batalkan nak sewa sebab kata buat area Ipoh je. Alih alih aduhai, kena ke Nilai balik dan kene apply rumah sewa tu, rumah sewa tu bukannya murah. RM100 per head okay? Dan dapat 1 bilik sahaja, bilik master bedroom. RM500 satu bilik. Kemain mahal. Perjalanan minyak makan lagi. Mana nak cari duit. Dengan kilang baru taktau mana lagi. Masa tu memang serabut tapi last bagi jelah nama.

Tajdid niat balik, ini yang Allah aturkan, jadi marilah ke Selatan.

Banyak sangat kisah yang lawak kat Nilai ni. Tak sangka sangat tau tak. Dan pengalaman kat Nilai ni terlalu berharga dan mungkin tak jumpa di tempat lain. Dari pengalaman kehidupan dan akademik. Memang lain.

Betul, janji Allah itu pasti, dan belum tentu apa yang kita rasa terbaik untuk kita tu adalah yang paling terbaik. Allah boleh bagi berganda lagi terbaik bila kita redha dengan segala ujian dari Dia dan ikhlas dalam apa pun yang kita buat.

Haa, selain dari tu, kitorang je yang dapat gaji hahak weeee. Kilang mana ni? RAHSIA laaa nanti ramai pulak nak ke situ untuk gaji. Kami jugak dapat buat formula tablet sendiri dan cuba macam macam kat kilang ni. Tablet buatan kami edible and palatable okayyyyy.

Klu dia kilang Melayu, sangat suka mengajar dan berkongsi. Sangat pemurah. Pekerja happening, pemurah dan tak lokek. Haha dapat teka tak?

Alhamdulillah sebab semua ni adalah aturan Allah yang paling indah. Sabar dan ikhlas, Allah akan bayar dengan lebih baik dan tak dijangka akal kita sendiri.

Gaji berapa? Hmm cukuplah nak cover segala perjalanan sewa makan kat Nilai :’)


See, syukur sangat sangat.


Sekian coretan pengalaman, nak tahu lebih, boleh pm personally la macam biasa hehee.
Terima kasih tak terhingga jugak untuk ma abah adik adik sayangs dan awak yang selalu ada susah dan senang hik. Acah acah ucapan convo. KBAI.


Moga Allah permudahkan urusan kita semua dunia akhirat InshaaAllah.


Bila kita ikhlas, dan yakin atas aturan dan susunan perjalanan dari Allah, inshaaAllah, Allah akan gantikan segala pengorbanan kita dengan sesuatu yang berganda baik.