Monday, July 16, 2018

Alhamdulillah: pharmacist to be!

Bismillahirrahmanirrahim


Setelah sekian lama akhirnya update XD

Tahun 2018 merupakan tahun yang amat mencabar. Sangat sangat sangat sangat menguji kekuatan mental, jiwa, fizikal tak sangat kot..

Alhamdulillah berjaya convo oktober 2017, sungguh gemilang acara konvokesyen UniKL ni, tak sama and tak protokol macam universiti lain. Proud tau :) Abah kata dia kagum, happy suka sangat tengok majlis UniKL ni.

Little did we know it was his last convocation ceremony to attend, even anak ada 5. Abah dah kembali bertemu Penciptanya tanggal 1 januari 2018, pergi tiba-tiba. dalam masa 7 hari dia tinggalkan kami 6 beranak. Sesungguhnya Allah je tahu betapa rindunya hati ini padamu abah. Al Fatihah untuk abah.

Moga Abah tenang di sana, dilapangkan dan diterangkan kuburnya, bersama orang soleh serta diampunkan segala dosanya. Moga kami akan bertemu di syurga. (image from google)


Yang pergi akan tetap pergi dan takkan kembali. Terlalu banyak ujian yang kami lalui sekeluarga. Tapi kena tabah la kan. This is part of life. Tak pernah sangka akan kehilangan abah secepat ini. Dalam usia belum pun 24 tahun. Tapi ini jalan yang Allah tetapkan. Hidup mesti diteruskan. Sakit rasanya puasa, raya semua takde abah. Tapi semuanya kena lalui dengan kuat dan cekal. Allah uji sebab Allah sayang.

Tapi rezeki tu Allah nak bagi, ma tiba-tiba dapat pergi haji. Ini pun tragik jugak. Mana tak risau, mak kite akan tunaikan haji seorang diri! Macam-macam rayuan dah buat, tapi tetap tak mampu untuk teman mak kerana ketiadaan mahram. Tapi bila Allah dah jemput, Allah pasti permudahkan. Allah pasti jaga. 30hb Julai ma akan berangkat ke Makkah.

Sejak bulan september 2017,sempat la kerja di Farmasi area Seremban ni, lokasi rahsia haha. Tapi boss memang baik la, and sangat banyak belajar. Masa takdelah terbazir. Duit pun ada. Boleh bantu family, sempat juga abah merasa gaji kecil den, walau tak seberapa. Tapi pada 30 jun 2018, untuk persiapan ma ke mekkah, den nekad berhenti kerja, sebab banyak hal nak uruskan. Alhamdulillah la urusan pusaka semua dah selesai. 

Rezeki lagi akhirnya kami satu batch dah dapat panggilan prp (provisionally registered pharmacist) setelah hampir setahun jugakla tunggu intake. Dapat intake yang ketiga, dalam government sector, walaupun hanya kontrak tapi at least lepas habis kontrak kerajaan ni kita dah ada lesen pharmacist sebab dah jadi FRP (fully registered pharmacist) dan boleh beralih sector hihi.

Cuma tragiknya, kursus PTM (program transformasi minda) akan berlangsung pada 30 Julai, hari flight ma. Dan taktau lah macam mana nak hantar ma nak pergi kursus, tak pasti boleh dapat pelepasan ke tak. Moga Allah permudahkanlah huu. 

Esok baru tahu penempatan hospital atau klinik kesihatan, moga dapat tempat yang terbaik. Takutnyaaa nak kerja hm. Moga Allah permudahkan.

p/s: doakan kite ye <3