Tuesday, June 11, 2019

Terima kasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim 


Alhamdulillah atas segala nikmat. Sesungguhnya diri ini selalu terleka. Kadang mungkin sebab terlalu sibuk dengan hal duniawi. Semoga terus di atas garisan yang lurus dalam ketetapan iman.

Allahu mukadimah
Macam nak bagi tazkirah pulak kan hehe

Syukur banyak banyak tak terhingga. Sebab telah tiba di fasa genting prp haha. Tapi Alhamdulillah masih hidup. Haha. 

Prp adalah antara zaman yang amat sukar. Tapi syukurlaaa masih dapat bernafas.

Setiap hari hectic. Konflik nak cukupkan requirement dan sebagainya dik oi.

Nak dijadikan cerita nya. Entahla macam mana. Sis telah bertemu cinta kat tempat kerja hahahaha 
Hihihi. Ohmaigod ha gtewh.

Long story short. Beliau ni sebenarnya classmate den. Tapi tak pernah sembang langsung lah dalam kelas. Tau nama and tau dia wujud.

Hahaha entah macam mana ditakdirkan sama sama pulak mintak posting prp kat tempat sama. So eh hai eh hai tetiba tadaaaaa sabtu lepas selamat bertunang. 

8 Jun Alhamdulillah jadi tunangan beliau.


Haha he is my best friend and now my tunang. 
Panjang umur ada jodoh inshaaAllah hihi doakan kami okei!

Fine la. Walaupun takde orang minta sis share la 1 gambar hahaha ceit.



Hihi muka eksaited takleh cover. Sebenarnya tengah cuak jari dah gemuk sangat.

Ohmaiii. Ni kali pertama letak gambar sendiri dalam blog sendiri hahaha. Hai saya lah orangnya yang gemuk dan menaip naip ini. Hihihi

Thankyou so much to my family yang sangat banyak membantu dalam macam macam hal. Sebelum semasa dan selepas majlis. Alhamdulillah. 

Jumpa lagi nanti hihi ^^V