Bismillahirrahmanirrahim
wah-wah..harini sepatutnya jejak kaki kat UUM, tapi perancangan Allah, bagi perjalanan yang tak sama macam perancangan kita, yakinlah itu yang paling baik, paling indah insyaAllah..
so, semua besties, housemates, members, dan seangkatan dengannya dah daftar degree untuk semester ni..and im all aloneee *sobbing..* hahaha
so ramai jugak mengadu macam-macam kat facebook and twitter pasal minggu orientasi..haha macam-macam ragam..tapi sempat je bertweet ber fb..*kagumm*
patutnya *eceh* kisah kan pasal degree life la daftar-daftar, new friends, new college, al maklumlah sekarang trending..hahaha..
but yet, nak buat throwback pengalaman insyaAllah takde pahit, semua manis-manis masa menghabiskan Asasi Sains, UiTM Puncak Alam batch 2012/2013..hehe
tanggal 3 Jun 2012 pertama kali jejak kaki kat UiTM Puncak Alam, tapi sebenarnya sebelum tu dah survey dah hahaha..seremban dekat ajee..so nak epic sikit, first time la, yelakan first time masuk bilik semua..
Siapa-siapa yang dapat Palam ni memang untunglah..sebab kolej baru, jadi semua benda baru and cantik..satu blok memang ada sampai sembilan tingkat, tapi ada lif *yeayy* hahaha, jadi untuk yang malas dan banyak lemak like me, memang sesuatu kemudahan yang terlalu precious haha..macam rumah apartment, ada empat bilik; satu bilik dua orang, satu rumah ada 2 shower dan satu toilet, mini living hall yang boleh cucuk wayar LAN and rak kasut *hihi selalu penuh dengan my shoee*..sangat selesa kolej dia, seriously.*okay my room..aww miss you my room :P*
okay ni mula-mula masuk blok kolej..nampak tak dua lif, macam hotel kann :3 |
siapa dapat rumah ni, agak camnila gambaran nya..haha R2-406 D7 okee :3 |
shoes shoes shoes weeee..ada rak kasut tu je nak cakap haha |
okay,, messy..ada bendera malaysia lagi haha..meja study ea, dengan drawer dan rak, see kita letak makanan situ, lapar sambil study boleh makan nyum nyum, patutla tak kurus-kurus eish |
the locker.. maafla bersepah sikit..sikit je haha |
view from my room, pagi-pagi berkabus sejuk, macam rasa dok oversea kadang tu |
night view from my room, selepas hujan kot ni |
okay kalau pasal study, memang tough jugakla..subjek takdela killer sangat, tapi disebab kan timing yang pantas, jenuh jugak la nak kejar..phew..tengok jadual kelas kita..sobss..sampai 6.30..huhu..awal-awal sem sampai malam lagi tau, sebab ada degree students..
susah sangat sangat sangat kalau malasla haha..kalau rajin insyaAllah..boleh je 4flat..:) sebab pengiraan markah tu gabung semester 1 semester 2..kalau malas, like me, yg suka main sem 1 haha, boleh kejar lagi sem 2..tapi better jangan tiru la..kita tak 4flat..sobs..3.78 je huhu..kira okey la tu kan sebab suka main haha..:P nak pergi kelas kene mengharungi tangga kejayaan kebanggaan Palam..*tadaaa*
there's no elevator to success, we must take the stairs..yeah |
peh peh..on google maps ekeke |
tinggi gilaaa..haha takdela, lama-lama naik sampai dah tak berpeluh da, seriously..mungkin sebab dah biasa..and the faculty hehe is superbb..
lecture halls yang pelbagai saiz, tak sempat nak capture semua sebab terlalu banyakkk..huhu..jalan kaki jauh haha, bagi yang malas nak guna tangga sebab konon-konon rasa ada lebihan duit yang banyak, okay you may use the bus..rapidKL ade je..cuma seringgit sekali turun, tapi kan lagi baik exercise hee..
okay saja nak posing peluk tiang dalm bas..sebab kalau nak pi pasar malam puncak alam, memang kene peluk kuat-kuatla..haha..kalau tak boleh jatuh macam domino..sebab bas sepadat-padat nyaa..kesian budak Palam, haha nak pi pasar malam pun berhimpit-himpit..:P..
pasar malam ada hari sabtu dan rabu, naik bas T600 taww..hehe..kalau tempat lain yang selalu budak Palam lepak, Setia City Mall la, kalau rajin SACC mall, tapi jauhnya lahai..naik U90 ea :)
oh and Palam ni memangla besar..besar and best untuk jogging..jadi konon-konon nak kurus, kitorang rajinlah pagi-pagi tu berjoging..*but by the end, tak kurus punnn*
nampak ala-ala hollywood gtu, amik gambar lah kan bukti dah joging jauh phew |
ada banyak kolam, kene rajin explore la..ada kolam ikan..boleh la bagi ikan makan ea, tapi tak boleh memancing la and TAK boleh mandi..*haha takkan la taktaw..=_=*
aktiviti lain,boleh pergi gym, atau nak berbasikal, main basketball, main futsal malam pun boleh..tapi yang lecehnya tak semua bende boleh buat hari ahad..macam gym mana bukak ahad..*sigh* haha..
makanan sini semua harga boleh tahanla, bijak-bijak la berbelanja..tapi so far, zaman tu la..*macam lama sangat lak tinggalkan Palam*, oke je price dia..hehe
dulu masa nak masuk palam semua macam beware of CHARLIE..masa tu memang cuakla..apela binatang ni..rupanya insect..bahaya jugak tapi Alhamdulillah sepanjang kat Palam tak kena pulak serangan haiwan ni..anyway, BEWARE..ekekke
gelinyaaa yekk..tak suka insects |
banyak je program bermanfaat kat Palam, tinggal nak join atau taknak je..macam program ilmiah, agama, fun, sukan and so on..hujung sem 2 nanti akan ada dinner..ikutla batch masing-masing..
the corsage weee |
batch kita tema Bedazzled and Charming..kita biasa-biasa je..saja nak rasa dinner time asasi..tapi sorry dear organizers, dinner kita waktu sekolah lagi besh..haha :3 mungkin sebab doorgifts yang dipilih dan cara packaging also presenting tak sesuai and tak dapat disignifikasikan sebagai satu memori dari dinner ala-ala berprestij gitu..anyway, you guys rocks..sebab still organize a great big event :)
lastly..friendship and ukhwah kat sini memang takkan padam..sebab semuanya manis and menyimpan kenangan indah dalam diri ini *alamak touching pulak*..even kita semua dah berpisah and sambung degree, setiap yang kita lalui tu tak mungkin dilupakan..and i loveee youu guyssss..weee..*harap maaf tiada gambar, terlalu mahal haha*
selamat ber degree dear friends..
moga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan di akhirat, insyaAllah..:')
sayonara zaman muda asasi..kami nak ber degree :') |
moga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan di akhirat, insyaAllah..:')
No comments:
Post a Comment