Thursday, June 25, 2015

My Semester 4, Bachelor Of Pharmacy UniKL RCMP, ended with flying colours hee

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah! 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 
tu je mampu ucap bila check result semester 4 yang hectic gila nak mati Ya Allah *literally of course*

huwaaaa, back on boat, the Dean's List boat, huwaaaa after terumbang ambing ala-ala naik boat, orang atas boat pointer 3.5 and above, kita duk gayut tepi boat la. hahaha sebab 0.xxx je nak naik atas boat.

Alhamdulillah back on track dengan yang agak tinggi jugak sangat syukur, walaupun hanya satu huruf yang berbeza, sejujurnya belum cukup selamat lagi sebab ada short sem nehaa. haha.

Apapun sangat berterima kasih pada semua. Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, terima kasih buat ma abah serta adik beradik yang selalu mendoakan, untuk kawan-kawan dan housemates sama-sama bersengkang mata saling kejut mengejut dikala mimpi ber air liur basi, untuk para pensyarah yang gigih mengajar.

Paling tak sangka, haha Alhamdulillah Pharmaceutical Technology dapat poplat (4.00) iaitu A. Hahaha konfem lecturer tolong nih, kalau tak mana datang pulak hahahah. *masih tak percaya*

dipendekkan kisah ni, banyak pelajaran yang dapat dikongsikan disini:


  • Jangan patah semangat. Jika terdetik, jadikan patah semangat sebagai suatu titik mula untuk bangkit kembali.

  • Anda rasa anda di bawah? ye? Jadi apa tunggu lagi? Bangkit! Bila gagal usaha lagi, usaha lagi, usaha lagi *ulang sampai infiniti* hahaha

  • Usaha, bukan semata sebab usaha tangga kejayaan tapi sebab dari usaha barulah boleh untuk bertawakal dan berserah sepenuhnya, Jangan tak usaha tiba-tiba ahh tawakal je lah. Salah di situ ya ;)

  • Sentiasa merendah diri, walaupun ketika jatuh, ada yang menghina *seriously ada* abaikan, positif dan terus senyum, sebab penghinaan itu akan letak kita lebih tinggi dari penghina di masa akan datang nanti.

  • Sentiasa ingat, diri ini hamba, diri ini hamba, diri ini hamba, jadi hamba kepada siapa? Buku? Exam? tak.. hamba Dia. Hamba Allah. Sentiasa berdoa, dan ingat Dia dalam setiap apa yang kita sedang usahakan. Hanya Allah yang mampu bantu kita, tanpa pertolongan Dia entah macam mana la.

  • Lebihkan ikhlas kurangkan culas, setiap apa yang dibuat banyakkan ikhlas, walaupun sekadar seukir senyuman, banyakkan perbaiki hati. Jangan malas jadi baik! Jangan malas solat!

  • Hormat LECTURER. Ni sangat penting, sebab semester 4, semester penuh tekanan ni telah membuktikan, hormat tu sangat penting. Hm sedih bila ada kawan-kawan yang kurang beradab, moga diri ini tak tergolong.

  • Kita takkan selamanya berada di bawah. Pegang kata-kata ni. Allah akan bantu kita InshaaAllah :)

Allah suka para hambaNya yang ikhlas berusaha, kuatlah dan jangan berhenti mencuba. 
InshaaAllah :)


Congratulation to myself! Haha Alhamdulillah.



Dua tahun dan habis, Lagi dua tahun untuk grad, lepastu boleh tidur macam meow kikiki *tipu je*



Alhamdulillah :)
Selamat berpuasa :D


Wednesday, June 17, 2015

Ehem, maaf menghilang :3

Bismillahirrahmanirrahim


Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak guys!

Alhamdulillah diberi kesempatan tiba di bulan Ramadhan dan moga diberi juga kekuatan untuk terus beribadah hendaknya.

Dear Anon, haha 

kenapa lama tak hapdate ye
Actually dear me sangat busy last semester. Sebenarnya sedang persiapan kahwin. HAHA jangan gatal sangat yer.

●mana post pindah rumah #2
Haha maybe takde sebab #1 because it was my first time pindah rumah by myself, rasa macam dah besar gila hahaha padahal ketika itu umur baru 20. Actually memang besar dah boleh kahwin beranak dah hahah!

●kenapa takde button follow
Haha because rasanya takpe kot kalau takde, blog ni pun bukan menarik macam blog info terkini atau apa haha just luahan perasaan coretan pengalaman kecil dari Cik Su-yi, which is the other part of me :3 maybe one day? Haha inshaaAllah

Oh helo again,
oh semester 4 dah habis, well bolehla hello hello kat third year!!

Haha sekejap nyaaaaa masa berlalu Su-yi nak masuk 3rd year dah then 4th year! wow just wow, Subhanallah sangat tak percaya lagi. But bila teringat kahkah telah sedaya upaya menghabiskan paper final 4 semester dan masih berusaha sedaya upaya mengingati segala ubat sehingga hari ini yang sangat banyak, okay betul la tu dan nak masuk third year, which means much tougher than last two years.

Well kisah year 2 tak banyak sangat haha, my junior pun dah nak naik second year, which also means akan dapat junior baru lagi! Waaa gituh. Rasa sangat hakak hakak sekarang haha. Sebenarnya rasa tua. Seriously, baru semalam rasanya menangis kat ma lepas ma abah hantar asrama penuh masa highschool, now dah nak third year Bachelor of Pharmacy. Halfway of degree is done. Separuh lagi phewwww.

BUT !!

HAHA before eksaited makin tinggi still terpaksa melalui short sem haha. So sebelum third year jom lepak chilling dalam second short sem which is the last short sem kot.

Previous post maybe ada cakap yang short sem ni only for first year and third year nanti, but no, haha, rupa nya third year no short sem but second year ada. Maaf salah info yaaww!

Adakah cuti third year lebih dari 2 minggu hmmm haha. Penat la sis cuti kejap-kejap ni hew tak cukup haha. Dahla nanti puasa sana. Hehe second year of fasting in Perak, but with new housemates, the #Cloud9. Oh why cloud 9? Sebabnya ada 9 anak dara yang comel la kat rumah tu haha *ini blog i sukahatila nak puji diri sendiri pun* haha. Maaf menjengkelkan *mmmm is that even a word?, maafkan saya tak pakar BM*

wahaha so get ready lah dengan mandarin II dan subjek innovation kalau tak silap haha maaf la sis tak hengat kalau rajin boleh check di website UniKL RCMP intake bahagian course info tuh hehek.

kepada future junior, hopefully blog ni berguna haha. Sebab last time, they used this blog sebagai research untuk course bachelor pharmacy UniKL RCMP niha. 

haha cukuplah coretan merapu ni Suyi. Shuh. Boleh kot pergi buat kuih raya HAHA.



p/s: kalau ada yang nak tanya apa-apa pasal second year yang hectic gila especially semester 4, can directly pm me di facebook, Cik Su-Yi atau melalui ruangan komen di mana2 post dalam blog ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih banyak muhasabah hati serta moga segala amalan dalam bulan penuh berkat ini diteruskan dengan istiqamah di bulan-bulan yang seterusnya :) InshaaAllah, Amin. 

ehem, terawih tak tadi ni?


Tiap kali terawih..mmmm *sumber: twitter*
haha. Jumpa lagi nanti. Selamat berpuasa!