Thursday, June 25, 2015

My Semester 4, Bachelor Of Pharmacy UniKL RCMP, ended with flying colours hee

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah! 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 
tu je mampu ucap bila check result semester 4 yang hectic gila nak mati Ya Allah *literally of course*

huwaaaa, back on boat, the Dean's List boat, huwaaaa after terumbang ambing ala-ala naik boat, orang atas boat pointer 3.5 and above, kita duk gayut tepi boat la. hahaha sebab 0.xxx je nak naik atas boat.

Alhamdulillah back on track dengan yang agak tinggi jugak sangat syukur, walaupun hanya satu huruf yang berbeza, sejujurnya belum cukup selamat lagi sebab ada short sem nehaa. haha.

Apapun sangat berterima kasih pada semua. Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, terima kasih buat ma abah serta adik beradik yang selalu mendoakan, untuk kawan-kawan dan housemates sama-sama bersengkang mata saling kejut mengejut dikala mimpi ber air liur basi, untuk para pensyarah yang gigih mengajar.

Paling tak sangka, haha Alhamdulillah Pharmaceutical Technology dapat poplat (4.00) iaitu A. Hahaha konfem lecturer tolong nih, kalau tak mana datang pulak hahahah. *masih tak percaya*

dipendekkan kisah ni, banyak pelajaran yang dapat dikongsikan disini:


  • Jangan patah semangat. Jika terdetik, jadikan patah semangat sebagai suatu titik mula untuk bangkit kembali.

  • Anda rasa anda di bawah? ye? Jadi apa tunggu lagi? Bangkit! Bila gagal usaha lagi, usaha lagi, usaha lagi *ulang sampai infiniti* hahaha

  • Usaha, bukan semata sebab usaha tangga kejayaan tapi sebab dari usaha barulah boleh untuk bertawakal dan berserah sepenuhnya, Jangan tak usaha tiba-tiba ahh tawakal je lah. Salah di situ ya ;)

  • Sentiasa merendah diri, walaupun ketika jatuh, ada yang menghina *seriously ada* abaikan, positif dan terus senyum, sebab penghinaan itu akan letak kita lebih tinggi dari penghina di masa akan datang nanti.

  • Sentiasa ingat, diri ini hamba, diri ini hamba, diri ini hamba, jadi hamba kepada siapa? Buku? Exam? tak.. hamba Dia. Hamba Allah. Sentiasa berdoa, dan ingat Dia dalam setiap apa yang kita sedang usahakan. Hanya Allah yang mampu bantu kita, tanpa pertolongan Dia entah macam mana la.

  • Lebihkan ikhlas kurangkan culas, setiap apa yang dibuat banyakkan ikhlas, walaupun sekadar seukir senyuman, banyakkan perbaiki hati. Jangan malas jadi baik! Jangan malas solat!

  • Hormat LECTURER. Ni sangat penting, sebab semester 4, semester penuh tekanan ni telah membuktikan, hormat tu sangat penting. Hm sedih bila ada kawan-kawan yang kurang beradab, moga diri ini tak tergolong.

  • Kita takkan selamanya berada di bawah. Pegang kata-kata ni. Allah akan bantu kita InshaaAllah :)

Allah suka para hambaNya yang ikhlas berusaha, kuatlah dan jangan berhenti mencuba. 
InshaaAllah :)


Congratulation to myself! Haha Alhamdulillah.



Dua tahun dan habis, Lagi dua tahun untuk grad, lepastu boleh tidur macam meow kikiki *tipu je*



Alhamdulillah :)
Selamat berpuasa :D


2 comments:

  1. Salam kakak, student unikl buat prp di gov hospital ke tempat lain eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, setakat ni dua2 boleh :) , lagipun prp boleh buat dekat hospital, community pharmacy and also industry, maklumla posting sekarang agak lambat nak dapat. Kena score and also tunggu giliran.

      Delete