Thursday, June 17, 2021

Update kehidupan: Pegawai Farmasi ?

 Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah beberapa puluh hari lagi akan genap usia 27 tahun haha tua betul lah rasanya

Lama tak menulis kat sini. Hidup boleh tahan busy jugak hihi. Alhamdulillah sekarang bergelar isteri, harap bukan sekadar isteri biasa biasa hihi tapi isteri solehah untuk my husbeby aka ex tunang haa. Cewahhhh.. geli geli gedik gituhhh

Sekarang pun tengah pregnant my second baby. Tak lama lagi seketul budak akan lahir. Muka mummy ke daddy tu masih tak pasti hihi surprise. So maybe next post berkaitan baby preparation?

Emmmm


My wedding memang sangat detail okayh preparation haha. Gigih tapi terlupa nak update. Haha busy kerja maybe? Sambil prepare wedding sambil habis kan prp ship and also baru dapat placement posting wajib haha.

Dalam zaman baru kahwin tu memang asyik berjalan je. Kesana kesini. Tapi tiba tiba bermula pandemik covid 19. Jadi perintah kawalan pergerakan pun on off. Pernah kena ambil swab jugak and also kene kuarantin kat rumah.

Ugh teruk betul rasa dia


Dalam sibuk tu sis keguguran my first baby. Macam macam dugaan. Tapi syukur dah pregnant lagi hehee. InshaaAllah before second anniversary baby akan lahir, eeee cuak eksaited semua lahhh

Alhamdulillah currently hampir 3 tahun berkhidmat dalam bahagian farmasi KKM. After prp kat hospital, sambung posting kat klinik kesihatan pulak. Masih dalam negeri yang sama hehe.

But the sad truth is that batch kami from hospital XX haha sorang pun tak dapat tetap gais. So please la jangan masuk that hospital haha. Kayh gurau jek. Maybe time korang nanti dah ok (?)

Kontrak lagi lah nampaknya. Itupun tak pasti la ber kontrak ni sampai bila. Encik husbeby dah quit KKM and kerja tetap as pharmacist kat sector lain. Alhamdulillah. Gaji pun lagi banyak dari sis :') hahaha

Siapa yang nak sambung farmasi, hmmm okey actually medic and dentist pun sama jugak ye; iaitu : semua pun takde jaminan kerja tetap. Sampai ke harini ramai yang masih query cara and kriteria pemarkahan untuk serap tetap. Misteri kan.

Jadi nak senang cerita kita sebut la atas rezeki masing masing je. So, kalau still nak proceed study susah susah bidang ni haha sila kan. Tak kisah la grad ipta, ipts, jpa scholar, mara scholar, oversea; by the end sama je. Kena lalui prp then tengokla if you dapat: rezeki, if tak pun rezeki jugak. Banyak lagi jobs dalam bidang ni hehe 

Mungkin jugak effort sis tak cukup masa prp. But tengok kawan prp beria gila, sis rasa nasib tak beria jugak sebab last last kawan tu tak dapat pun :')

Enjoy je. Belajar sebanyak mana mampu tapi jangan over beria sampai takut nak mc, nak cuti even nak makan pun takut? Tak perlu kot sebab last last orang yang korang takut tu akan jadi member kerja jugak. Tak kisahla tetap ke kontrak ke. Still jawatan korang UF41. Even member tu macam tak layak je kan jadi pegawai tetap kuikuikui.

So apa apa pun selalu bersangka baik okeh? just do your best untuk yang dah terjebak dalam kancah ini haha. Jika tak, masih banyak lagi bidang pilihan kat luar sana. Semua ada cabaran tersendiri. 

P/s: all the best to me semoga dipermudahkan nak bersalin nanti >_<

No comments:

Post a Comment